Program Forum Ekonomi Rakyat ini dianjurkan oleh MPP Zon 12 sebagai satu platform wacana terbuka untuk membincangkan isu-isu ekonomi semasa yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, khususnya anak muda. Forum ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk mengenai peranan mereka dalam pembangunan ekonomi negara.
2. OBJEKTIF PROGRAM
- Memberi kesedaran kepada anak muda dan penduduk amnya tentang isu-isu ekonomi semasa.
- Menyediakan ruang dialog antara penduduk,pelajar dan pakar ekonomi.
- Menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan pendudk,mahasiswa berkaitan polisi ekonomi negara.
- Mengukuhkan peranan MPP dalam membina kesedaran sivik dan ekonomi.





