Majlis Khatam Al-Quran telah berjaya diadakan pada 10 Ogos 2025 (Sabtu), bertempat di Kompleks Penghulu, Batu 14, Hulu Langat. Program yang bermula tepat pada pukul 9.00 pagi ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada ahli komuniti setempat.
Program dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, diikuti dengan slot pengisian yang disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan, iaitu Ustazah Nawiyah Abu (dari Halaqah) dan Ustazah Mardziah (dari Tahsin). Kedua-dua slot tersebut menekankan kepentingan khatam Al-Quran serta cara mengekalkan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan. Program tamat pada pukul 11.00 pagi dalam keadaan yang penuh berkat dan harmoni. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran.



