Program Gotong-royong Merdeka telah berjaya dilaksanakan pada 17 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Taman Desa Pelangi. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini telah disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dan ahli jawatankuasa taman.
Kehadiran En. Rosasmawi bin Ismail, Pengerusi KRT Taman Desa Pelangi telah menambah semangat peserta sepanjang program berlangsung. Aktiviti gotong-royong meliputi pembersihan kawasan taman, menaikkan Jalur Gemilang, dan memasang lampu kelip-kelip solar di jalan masuk ke taman.
Program tamat pada pukul 1.00 petang dengan sesi jamuan. Kejayaan program ini bukan sahaja membersihkan kawasan taman tetapi juga memupuk semangat kemerdekaan dan kerjasama dalam komuniti. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.






