Program Gotong-royong Keceriaan telah berjaya dilaksanakan pada 29 Ogos 2025 (Jumaat) bertempat di Batu 18, Hulu Langat. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat, ahli jawatankuasa, dan sukarelawan.
Kehadiran Y.B Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz ADUN DusunTua telah menyerikan majlis dan memberikan motivasi kepada para peserta. Aktiviti gotong-royong tertumpu pada membersihkan kawasan leach bin Batu 18 Kampung Jawa dan menutup tempat pembuangan sampah yang telah menyebabkan pencemaran. Kerja-kerja pembersihan juga dilaksanakan di sekitar kawasan untuk memastikan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.
Program berakhir pada pukul 11.00 pagi dengan sesi jamuan dan ucapan penghargaan daripada Y.B Datuk Wira. Kejayaan program ini berjaya mengembalikan keceriaan kawasan tersebut serta menyemai semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat. Diharapkan usaha seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar.






