Sambutan Ambang Merdeka telah berlangsung dengan meriahnya pada 30 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Taman Perkasa. Program yang bermula pada pukul 8.00 malam ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan disertai oleh 200 orang peserta dari kawasan sekitar.
Kehadiran Y.B Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz (ADUN Dusun Tua) sebagai tetamu kehormat menambah kemeriahan majlis. Program turut diadakan secara serentak di sekitar MPP Zon 1, termasuk Taman Perkasa Fasa 2, Kg. Sungai Serai, dan Kg. Sungai Lui. Acara menarik seperti persembahan kebudayaan, nyanyian lagu patriotik, dan pertunjukan bunga api telah diadakan untuk memeriahkan sambutan.
Program berakhir pada pukul 12.00 tengah malam dalam suasana penuh semangat kemerdekaan dan perpaduan. Kejayaan program ini berjaya menyatukan masyarakat setempat serta menanamkan rasa cinta dan penghargaan terhadap kemerdekaan negara. Diharapkan sambutan seumpama ini akan terus diadakan pada tahun-tahun mendatang.









