30 Ogos 2025, jam 9.00 pagi berlangsung satu program iaitu Semarak Merdeka Mpp Zon 18 bersama KRT Taman Seri Mewah. Program ini anjuran KRT Taman Seri Mewah dengan kerjasama Ahli Majlis MPKj Mpp Zon 18 iaitu Encik Ramadhan.
Program ini bertempat di Surau At- Taqwa Program ini bermula dengan ucapan ringkas dari Ahli Majlis Mpp Zon 18 Encik Ramadhan. Seramai 50 orang penduduk yang hadir memeriahkan program ini.
Program ini memupuk sifat kejiranan penduduk di kawasan Taman Seri Mewah. Pelbagai acara iaitu senamroik merdeka, pertandingan pakaian bertemakan hari kemerdekaan, Basikal Berhias, Silat Gayong, Acara sukaneka dan pelbagai lagi acara yang di sediakan.
Program ini memberi ruang kepada penduduk Taman Seri Mewah untuk sama-sama berkumpul dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Program ini berjaya dijalankan dengan penglibatan aktif penduduk setempat.
Pejabat Ahli Majlis menggunakan peruntukan sebanyak RM500.00 untuk program ini
