MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

mer

Sambutan Hari Kemerdekaan telah berlangsung dengan meriahnya pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Taman Desa Raya. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini disertai oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dan ahli jawatankuasa taman.

Kehadiran Tuan Haji Zainal Abidin, Pengerusi Taman Desa Raya, telah menyerikan lagi majlis. Aktiviti dimulakan dengan perbarisan pagi yang diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku penuh semangat. Peserta kemudiannya berarak di sekeliling taman sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang, disusuli dengan pertandingan hiasan rumah terbaik yang mengetengahkan kreativiti dan semangat patriotik penduduk.

Program tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan jamuan ringan. Kejayaan program ini berjaya memupuk semangat cinta akan negara dan mengukuhkan hubungan komuniti dalam kalangan penduduk. Diharapkan sambutan seumpama ini akan terus diadakan pada tahun-tahun mendatang.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

bola

Program pertandingan sepak bola penalti Merdeka – 17 Ogos 2025

bola

Program pertandingan sepak bola penalti Merdeka – 17 Ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan – 17 Ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan – 17 Ogos 2025

khatam

Majlis khatam Al-Quran – 10 Ogos 2025

khatam

Majlis khatam Al-Quran – 10 Ogos 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22