Program Sukan Mesra Majlis Perwakilan Penduduk (SUKMES MPP MPKj 2025) MPP Zon 24 telah di laksanakan pada 11/10/2025 bertempat di Padang Awam Semenyih. Program bermula pada jam 7.00am hingga 1.00pm. YBrs. Tuan Nazli Bin Md Taib, Yang Dipertua MPKj hadir dan menyertai acara senamrobik. Turut hadir bersama Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss, Timbalan Yang Dipertua MPKj. SUKMES MPP MPKj edisi akhir tahun 2025 diadakan bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2025 yang bertujuan menggalakan aktiviti gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti dan meningkatkan kerjasama bersama penduduk.




