- PENGENALAN
Bengkel Quickstart Medsos telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta tentang cara menggunakan media sosial secara berkesan untuk tujuan komunikasi, promosi dan pembangunan peribadi atau organisasi. Program ini diadakan sebagai usaha untuk meningkatkan celik digital dalam kalangan masyarakat serta memperkukuh kemahiran pengurusan kandungan media sosial.
- OBJEKTIF PROGRAM
- Memberi kefahaman asas mengenai strategi penggunaan media sosial dengan berkesan.
- Melatih peserta dalam penyediaan kandungan yang menarik dan berimpak.
- Meningkatkan kesedaran tentang etika dan keselamatan dalam penggunaan platform digital.
- Menggalakkan penggunaan media sosial sebagai alat pembangunan komuniti dan perniagaan.
- PENYERTAAN
Bengkel ini telah disertai oleh seramai 50 hingga 70 peserta, terdiri daripada wakil persatuan penduduk, belia, usahawan kecil, dan individu dari kawasan sekitar Bangi dan sekitarnya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menunjukkan minat tinggi masyarakat terhadap kemahiran digital.
- TENTATIF PROGRAM
Masa | Aktiviti |
8.00 pagi | Pendaftaran peserta |
8.30 pagi | Ucapan aluan & taklimat bengkel |
9.00 pagi | Sesi 1: Pengenalan Quickstart Medsos |
10.30 pagi | Rehat & minum pagi |
11.00 pagi | Sesi 2: Strategi Kandungan dan Algoritma |
12.30 tengah hari | Rehat & makan tengah hari |
2.00 petang | Sesi 3: Bengkel praktikal — Penghasilan Kandungan |
4.00 petang | Pembentangan hasil & soal jawab |
5.00 petang | Penutup & penyampaian sijil penyertaan |
- PENCERAMAH / FASILITATOR
Bengkel ini dikendalikan oleh MOS Studio Services & Team dan Speaker Jemputan Puan Nooraimi Hani (Pengarah BIKOM AWAN Selangor & Pengerusi Pertubuhan Wanita Peduli – i-Wanita) , seorang pakar dalam bidang pemasaran digital dan strategi media sosial. Beliau telah berkongsi pelbagai teknik dan amalan terbaik yang boleh diaplikasikan oleh peserta dalam urusan seharian atau perniagaan masing-masing.




