MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1 berjaya menghangatkan gelanggang Dewan Taman Sri Nanding di sini, pagi tadi, dengan penyertaan kira-kira 42 orang pemain (21 team).

Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 itu bermula tepat pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang, berjaya memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Kejohanan yang menggunakan format bergu dan system liga pada peringkat awal dan kalah mati pada peringkat akhir itu menyaksikan peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur berebut gelaran juara.

Menurut penganjur, kejohanan ini dianjurkan bukan sekadar untuk mencungkil bakat baharu, malah lebih penting untuk mengukuhkan ikatan silaturahim antara penduduk zon berkenaan.

“Kami gembira dengan sambutan yang menggalakkan. Suasana hari ini sangat positif, penuh dengan semangat kesukanan. Ini adalah matlamat sebenar kami,” katanya.

Kejohanan itu ditutup dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

riadah

Program riadah merdeka – 30 ogos 2025

riadah

Program riadah merdeka – 30 ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan-29 Ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan-29 Ogos 2025

merdeka

Gotong-royong merdeka – 17 Ogos 2025

merdeka

Gotong-royong merdeka – 17 Ogos 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025