Program Sambutan Hari Deepavali MPP Zon 24 telah di laksanakan pada 10/11/2025 bertempat di D’Ara, Thaqwa Hall, Bandar Seri Putra. Program bermula pada jam 8.00pm hingga 11.00pm di hadiri dan dirasmikan oleh Puan Rawiyiah Zakaria, Ahli Majlis MPKj MPP Zon 24. Program ini bertujuan untuk bersama-sama merayakan perayaan komuniti kaum india di Zon 24 serta menjadi platform penting bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian kaum. Seramai 50 orang dari komuniti india turut hadir bersama.



