Mesyuarat Agung Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok D dan E telah berlangsung dengan teratur di perkarangan Blok D, Taman Pinggiran Delima pada pagi Ahad, dengan kehadiran kira-kira 50 orang penduduk.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh En. Afrodi bin Ali, yang mewakili Ahli Majlis, Dato’Haji Rosli bin Othman
Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai isu penyelenggaraan, hal ehwal komuniti serta cadangan penambahbaikan dibincangkan dalam suasana kondusif. Proses mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang masalah, dengan kerjasama baik daripada para penduduk.
Majlis jamuan makan disediakan oleh pihak MPP dalam menyantuni penduduk dan masyarakat setempat ketika program berlangsung.
Mesyuarat Agung tersebut tamat kira-kira jam 11.00 pagi.










