MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MPP ZON 14
Tarikh : 27 April 2025 (Ahad)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Komuniti Sungai Kantan
Sempena bulan yang mulia ini, Ahli Majlis Zon 14 dan AJK MPP bersetuju untuk mengadakan Sambutan Majlis hari Raya MPP Zon 14 bertempat di Pusat Komunit Sungai Kantan.
Majlis Sambutan Hari Raya ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama Ahli Jawatankuasa MPP dan komuniti dalam Zon 14.
Ahli Majlis Zon 14 menaja nasi tomato untuk 300 orang tetamu sebagai menu utama pada majlis tersebut. AJK MPP bersetuju untuk membawa makanan dari Persatuan Penduduk masing2 sebagai juadah tambahan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Turut hadir di majlis tersebut YMRaja Amir Bin Raja Aman Shah , Krt Sungai Kantan, En Aizac Bin Ismail, Persatuan Penduduk Saujana Villa, En Mohammad Irfan Mirza bin Hasnol Azam, PeBS Zon 14, En Mohd Safry bin Ahmad, Pengerusi JPKKP KDM Sungai Kantan , PNn Rogiah Safar, WI Sungai Kantan, Pn Roselina binti Mokhtar, PWB DUN Kajang, YBhg Dato’ Mohd Said bin Mat Saman, Ketua UMNO Cawangan Sungai Kantan, Tn Hj Mohd Zailani bin Jamaluddin, Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Seri Indah Sungai Jelok, En Mazlan bin Sapari, Persatuan Pangsapuri Angkasa Indah, Sungai Jelok, Tn Syed Hamdan bin Syed Abd Rahman, Pekemas Sungai Kantan, En Chu Nien Cheong, Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Desa Mutiara, Pn Nirmala a/p Narayanan, Taman Maju Sungai Jelok, En Kamaruzaman bin Bidin, Persatuan Taman Sri Antan, En Mohammad razif bin Ayob, Pengerusi JPKK Sungai Kantan, En Che Ghani bin Che Wan, Persatuan Penduduk Taman Prima Saujana Jalan 4/8, 4/9 dan 4/12, Sungai Kantan.









