MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN LESTARI INDAH

HULU LANGAT, 15 FEBRUARI 2026 – Kira-kira 90 orang penduduk Taman Lestari Indah telah bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong Keceriaan Taman Lestari Indah yang berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hj. Nasrul Bin Hj. Noh, diikuti ucapan perasmian dan taklimat oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail Bin Haji Sani, selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Lestari Indah.

Tiga aktiviti utama telah dijalankan sepanjang program iaitu membersihkan bahu jalan dalam taman dan persekitaran simpang utama masuk ke taman, mengecat papan tanda nama taman, serta membersihkan kawasan sekitar kolam takungan.

Program ini bertujuan menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran taman, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk berbilang kaum. Melalui aktiviti gotong-royong ini, semangat kerjasama antara penduduk dapat ditingkatkan serta memberi peluang kepada mereka untuk saling mengenali antara satu sama lain. Sebagai menghargai kehadiran dan kerjasama semua pihak, jamuan ringan turut disediakan kepada para peserta sepanjang program berlangsung.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Aktiviti Dari Semua Zon

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT