MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

MAJLIS PERASMIAN MASJID PRIMA SAUJANA

HULU LANGAT, 1 MAC 2026 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Masjid Prima Saujana dan Program Ihya’ Ramadan Daerah Hulu Langat. Majlis yang berlangsung di Masjid Prima Saujana pada jam 6.30 petang ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta agensi agama negeri. Keberangkatan Baginda berdua telah menyerikan majlis yang menghimpunkan masyarakat setempat dari sekitar Hulu Langat.

Masjid yang dibina di atas tanah seluas 1.5 ekar ini mula dibangunkan pada Februari 2018 dengan kos pembinaan RM14.5 juta hasil sumbangan awam dan korporat. Masjid ini mula beroperasi sepenuhnya pada 28 Mac 2024 dan mampu menampung sehingga 2,800 jemaah.

Dalam majlis yang sama, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 222 fakir, 204 miskin dan 102 muallaf. Setiap penerima, menerima RM500.00 dengan jumlah keseluruhan sumbangan RM264,000. YDH Dato’ Haji Rosli bin Othman turut menyampaikan cenderamata tanda kasih kepada DYMM Sultan Selangor sebagai penghargaan atas perkenan Baginda merasmikan masjid ini.

Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah bersama rakyat. Program berakhir sekitar jam 9.30 malam dalam suasana penuh keberkatan.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM SENYUM SYAWAL: SUMBANGAN KUIH RAYA

PROGRAM SENYUM SYAWAL: SUMBANGAN KUIH RAYA

PROGRAM KHATAM DAN TADABBUR AL-QURAN

PROGRAM KHATAM DAN TADABBUR AL-QURAN

Aktiviti Dari Semua Zon

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT