MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

HULU LANGAT, 11 JAN 2026 – Sebanyak 45 keluarga menerima sumbangan barangan asas dalam Majlis Ramah Mesra Sempena Perayaan Ponggal yang dianjurkan oleh MPP Zon 1 dengan kerjasama Pertubuhan Harmoni Komuniti (PHK) Hulu Langat bertempat di Dewan Komuniti Taman Sri Nanding. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan berlangsung selama dua jam, dihadiri kira-kira 60 orang termasuk tetamu jemputan iaitu Encik Rozelan Alias, Ketua Kampung serta wakil daripada Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM).

S. Lalitha A/P Suppiah selaku Pengerusi PHK Hulu Langat dalam ucapannya menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk serta menyalurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan. Selain penyampaian sumbangan, majlis turut diserikan dengan sesi bergambar dan diakhiri dengan jamuan makan serta sesi ramah mesra.

Program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan semangat kebersamaan, keprihatinan sosial dan memperkenalkan peranan aktif PHK sebagai organisasi akar umbi di kawasan tersebut.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

MAJLIS PERASMIAN MASJID PRIMA SAUJANA

MAJLIS PERASMIAN MASJID PRIMA SAUJANA

PROGRAM SENYUM SYAWAL: SUMBANGAN KUIH RAYA

PROGRAM SENYUM SYAWAL: SUMBANGAN KUIH RAYA

Aktiviti Dari Semua Zon

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT