MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT

HULU LANGAT, 18 JAN 2026 – Seramai 34 ahli Kelab Kait & Kraf Hulu Langat telah mencurahkan kreativiti dalam Pertandingan Gubahan Bunga Kait yang diadakan di Kompleks Penghulu Batu 14, pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustazah Ainon Jariah, diikuti ucapan perasmian oleh Pengerusi Kelab, Puan Sapiah Md Deres.

Aktiviti utama program ini adalah sesi penilaian oleh para juri. Bagi mengisi masa dan menambah keseronokan, dua aktiviti sampingan iaitu Cabutan Bertuah dan Permainan Kotak Beracun telah diadakan sepanjang program berlangsung. Selepas sesi penilaian selesai, pemenang telah diumumkan. Seramai tujuh orang peserta berjaya dinobatkan sebagai pemenang. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, para juri dan saguhati kepada semua peserta telah disempurnakan oleh Puan Sapiah Md Deres sendiri.

Program ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat dan kreativiti terpendam para ahli, malah berjaya menanam minat untuk mereka terus aktif menghasilkan karya. Majlis ditutup dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan kepada semua hadirin.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

PROGRAM KHATAM DAN TADABBUR AL-QURAN

PROGRAM KHATAM DAN TADABBUR AL-QURAN

PROGRAM IHYA RAMADAN SERTA PERTANDINGAN AZAN DAN HAFAZAN

PROGRAM IHYA RAMADAN SERTA PERTANDINGAN AZAN DAN HAFAZAN

PROGRAM DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN

PROGRAM DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN

Aktiviti Dari Semua Zon

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’