MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN

HULU LANGAT, 7 FEBRUARI 2026 – Kira-kira 150 hingga 200 orang penduduk telah menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat sempena menyambut Ramadan 1447H yang berlangsung di Dataran Komuniti Intan, persimpangan Intan 4 dan 5, Jalan Intan 5, Taman Sri Nanding. Program yang diadakan pada jam 8.00 malam (selepas Maghrib) ini telah dihadiri oleh Encik Syerhan, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding. Turut hadir ialah ketua kampung, barisan persatuan penduduk serta jemaah surau berhampiran.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil arwah, diikuti doa selamat yang dipimpin oleh imam jemputan. Program ini bertujuan memohon keberkatan dan keselamatan daripada Allah SWT sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mulia, di samping mendoakan kesejahteraan seluruh penduduk taman.

Komuniti Intan yang merangkumi kira-kira 80 pintu rumah telah bersama-sama menjayakan program ini. Bagi memastikan kelancaran program, pihak penganjur menyediakan 3 unit khemah lengkap dengan kipas dan lampu, 15 unit meja serta 150 kerusi untuk keselesaan hadirin. Sebuah kanopi makan turut disediakan untuk jamuan ringan selepas majlis.

Program berakhir kira-kira jam 10.30 malam dengan suasana yang penuh harmoni dan keberkatan.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

khatam

Majlis khatam Al-Quran – 12 Disember 2025

khatam

Majlis khatam Al-Quran – 12 Disember 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’