MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM IHYA RAMADAN SERTA PERTANDINGAN AZAN DAN HAFAZAN

HULU LANGAT, 15 MAC 2026 – Encik Nor Kamarulzaman bin Abdullahjawawi, Pengerusi Surau Madrasah Ahmadiah Diniah, Kampung Sungai Semungkis telah hadir dan merasmikan Program Ihya Ramadan serta Pertandingan Azan dan Hafazan bertempat di Surau Madrasah Ahmadiah Diniah, Kampung Sungai Semungkis. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini turut dihadiri oleh Ketua Kampung Batu 14, Encik Mohd Safwan bin Shaari selaku tetamu jemputan.

Program dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan pada jam 8.30 pagi, diikuti dengan bacaan doa oleh Imam Hafiz. Seterusnya, ucapan alu-aluan dan taklimat pertandingan disampaikan oleh Pengerusi Surau. Majlis kemudian diteruskan dengan tazkirah daripada YADIM sebelum pertandingan bermula.

Pertandingan Azan Terbuka berlangsung dari jam 9.10 pagi hingga 1.00 tengah hari. Selepas rehat dan solat Zohor berjemaah, pertandingan Hafazan terbuka pula diadakan dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Pemenang pertandingan diumumkan pada jam 4.30 petang sebelum solat Asar berjemaah.

Pada waktu malam pula, bermula jam 6.45 petang kehadiran jemaah dan ahli qariah ke Madrasah Ahmadiah Diniah bagi meneruskan majlis. Solat Maghrib berjemaah dipimpin oleh Imam Hanif pada jam 7.15 malam, diikuti majlis iftar bersama penduduk ampung Sungai Semungkis. Seterusnya, solat Isyak berjemaah dipimpin oleh Imam Hafiz, diikuti solat sunat Terawih yang dipimpin oleh Imam Suhri. Majlis Khatam Al-Quran berlangsung pada jam 10.00 malam dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Hafazan dan Azan pada jam 10.30 malam. Program berakhir pada jam 11.00 malam.

Perincian Peserta:

  • Pertandingan Azan Terbuka: 10 orang peserta
  • Pertandingan Azan (Bawah 17 Tahun): 15 orang peserta
  • Pertandingan Hafazan (Bawah 17 Tahun): 17 orang peserta

Sepanjang program berlangsung, pelbagai kesan positif telah dicapai antaranya memupuk generasi muda mencintai Al-Quran, menanam semangat serta menarik minat generasi muda untuk hadir ke masjid dan surau, di samping menyatukan hubungan silaturahim sesama insan.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN LESTARI INDAH

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN LESTARI INDAH

Aktiviti Dari Semua Zon

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’