MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

HULU LANGAT, 14 Februari 2026 – Program Jelajah Sejuta Harapan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama agensi dan komuniti siri ke-2 bagi tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Komuniti, Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang ini bertujuan menghubungkan agensi-agensi berkaitan dengan komuniti setempat bagi memudahkan penyampaian maklumat dan bantuan.

Program anjuran bersama Task Emergency Medical Services (TEMS.Official) ini mendapat kerjasama penuh daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding (PPTSN) serta pelbagai persatuan dan NGO tempatan.  Pejabat Ahli Parlimen Hulu Langat, Pejabat ADUN Dusun Tua dan Pejabat Ahli Majlis MPKJ Zon 1 turut memberikan sokongan padu bagi program tersebut.

Pelbagai agensi telah bersama-sama menjayakan program ini antaranya:

  • Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM Selangor)
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Lembaga Zakat Selangor
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • YAPIEM
  • Pelbagai agensi dan NGO

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk pendaftaran dan semakan maklumat keluarga melalui sistem e-Kasih, kaunter informasi berkaitan produk dan bantuan yang ditawarkan oleh agensi dan NGO, pemeriksaan kesihatan, kaunter derma darah, serta gerai jualan dan pameran.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan jumlah kehadiran berdaftar seramai 185 orang (individu/ketua keluarga). Secara keseluruhan, kehadiran dianggarkan melebihi 300 orang termasuk ahli keluarga yang turut serta.

Program Jelajah Sejuta Harapan ini dirancang untuk diadakan di setiap daerah di negeri Selangor bagi memberi peluang kepada komuniti dan agensi untuk bekerjasama serta membantu penyampaian maklumat dan bantuan dengan lebih cekap dan berkesan.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Aktiviti Dari Semua Zon

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’