MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM KHATAM DAN TADABBUR AL-QURAN

HULU LANGAT, 7 MAC 2026 – Program Majlis Khatam Al-Quran MPP Zon 1 dengan kerjasama IKRAM Hulu Langat telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Surau Muqarrabin. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 150 orang peserta.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta pada jam 8.30 pagi, diikuti dengan pembukaan oleh Pengerusi Majlis pada jam 9.00 pagi dan bacaan doa. Seterusnya, ucapan disampaikan oleh Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat pada jam 9.10 pagi sebelum sesi bergambar berlangsung.

Majlis Khatam Al-Quran yang dikendalikan oleh Ustazah Noor Suhaiza berlangsung pada jam 9.30 pagi. Program kemudian diteruskan dengan sesi Tadabbur Surah yang dikendalikan oleh Ustazah Hajah Halimah Ismail pada jam 10.30 pagi. Seterusnya, Nasyid Doa Rabithah dan Doa Penutup Qunut Nazilah dilaksanakan pada jam 11.00 pagi. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada tetamu jemputan pada jam 11.10 pagi dan bersurai pada jam 11.30 pagi.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai kesan positif telah dicapai antaranya penghayatan terhadap Al-Quran, mengeratkan ukhwah dalam kalangan peserta, serta menyemarakkan lagi dakwah di kawasan Hulu Langat.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Aktiviti Dari Semua Zon

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’