MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM SENYUM SYAWAL: SUMBANGAN KUIH RAYA

HULU LANGAT, 14 MAC 2026 – Program Senyum Syawal: Sumbangan Kuih Raya kepada keluarga asnaf dan ibu tunggal telah berlangsung dengan jayanya di sekitar Dun Dusun Tua, Hulu Langat. Program bermula pada jam 12.30 tengah hari ini telah dilaksanakan oleh MPP Zon 1 dengan kerjasama wakil NGO bersama sukarelawan komuniti.

Program dimulakan dengan kehadiran urus setia dan penyediaan bungkusan sumbangan kuih raya. Seterusnya, agihan sumbangan dilaksanakan secara serahan terus ke rumah penerima di sekitar Hulu Langat. Sepanjang agihan, wakil penganjur turut berinteraksi dengan penerima bagi menyampaikan sumbangan serta bertanya khabar. Program diakhiri selepas semua sumbangan selesai diagihkan kepada penerima yang terlibat iaitu sekitar jam 4.00 petang. Sebanyak 25 keluarga asnaf dan ibu tunggal telah menerima sumbangan set kuih raya melalui program ini.

Hasil daripada program yang berlangsung, pelbagai kesan positif telah diperoleh. Antaranya, program ini dapat memberikan keceriaan dalam persiapan Aidilfitri kepada keluarga asnaf dan ibu tunggal serta meringankan sedikit beban mereka menjelang Syawal. Selain itu, program ini turut mengeratkan hubungan antara NGO, kepimpinan komuniti dan masyarakat setempat melalui interaksi secara langsung semasa agihan dilakukan.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Aktiviti Dari Semua Zon

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT