MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

HULU LANGAT, 7 FEBRUARI 2026 – Seramai 35 orang peserta telah menyertai program Super Ladies Day Out yang berlangsung di The Shack, Batu 16, Hulu Langat pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan pemberian cenderamata, diikuti bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Puan Siti Nurul Aishah binti Zakariah.

Antara pengisian utama program ini adalah sesi Sharing Circle yang disampaikan oleh tetamu jemputan, Puan Rawiyiah binti Zakaria, serta pelaksanaan aktiviti Networking Berstruktur yang memeriahkan lagi suasana. Tiga orang fasilitator yang terlibat mengendalikan aktiviti sepanjang program ialah Puan Mazlina Kamaruzzaman, Puan Freeda Dawa dan Puan Ufairah Abd Rahim.

Program ini memberikan pelbagai manfaat kepada peserta antaranya memberi ruang untuk berehat seketika daripada rutin harian dan tekanan kehidupan seharian dalam suasana yang santai dan selesa. Ia juga menjadi platform interaksi sosial secara tidak formal melalui perbualan santai yang mengeratkan hubungan sesama peserta.

Selain itu, program ini turut meraikan nilai persahabatan dan sokongan sesama wanita dalam suasana positif, inklusif dan mesra serta menggalakkan pembentukan rangkaian persahabatan baharu dalam komuniti wanita.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

khatam

Majlis khatam Al-Quran – 12 Disember 2025

khatam

Majlis khatam Al-Quran – 12 Disember 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’