Kejohanan Sukan Mesra MPP (SUKMES) telah berlangsung dengan jayanya pada 7 September 2024 bertempat di Stadium Kajang. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh YDH Dato’ Haji Rosli bin Othman, Ahli Majlis Zon 1. Kejohanan ini melibatkan seramai 40 peserta daripada Zon 1, merangkumi pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Sebanyak 12 acara kumpulan dianjurkan, melibatkan kanak-kanak, remaja, dan dewasa, bertujuan memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan silaturahim antara komuniti. Program ini juga meriah dengan sambutan hangat daripada peserta dan penonton.
Hadiah telah disampaikan oleh Pn Zalinda, Pengarah Jabatan Pentadbiran MPKj, kepada pemenang setiap acara. Program ini berakhir kira-kira jam 1.30 petang dengan suasana penuh kegembiraan dan semangat persaudaraan di kalangan semua yang terlibat.








