Program Gotong-royong Keceriaan telah berjaya dilaksanakan pada 17 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Taman Perkasa Indah. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dan ahli jawatankuasa taman.
Kehadiran En. Zainol bin Lat, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Perkasa Indah telah menyerikan lagi majlis dan memberikan semangat kepada para peserta. Aktiviti gotong-royong meliputi pembersihan kawasan taman, penyelenggaraan taman permainan kanak-kanak, penanaman pokok hiasan, serta pembaikan kemudahan awam yang rosak.
Program berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan sesi jamuan dan penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta. Kejayaan program ini telah berjaya mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan indah serta menyemai semangat kerjasama dalam kalangan penduduk. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengekalkan keceriaan kawasan taman




