Majlis Khatam Al-Quran telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Disember 2025 bertempat di rumah Lot B822B, Gahal Jaya, Batu 13, Hulu Langat. Program bermula pada jam 3.30 petang dan dihadiri oleh para jemputan serta penduduk setempat. Anggaran penyertaan bagi program ini adalah seramai 30 orang.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai diikuti dengan doa khatam sebagai tanda kesyukuran. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penghayatan Al-Quran serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat setempat.
Majlis berakhir kira-kira pada jam 5.00 petang dengan jamuan ringan dalam suasana yang tenang dan penuh keberkatan.



