HULU LANGAT, 26 April – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Siri 3 anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 dengan kerjasama persatuan penduduk setempat terus menceriakan komuniti apabila diadakan di tiga lokasi berasingan pada dua malam berturut-turut.
Sambutan bermula pada 25 April 2025 di Taman Lestari Indah, berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam, dan diteruskan pada 26 April 2025 di Taman Desa Pelangi serta Taman Wawasan, juga dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.
Setiap lokasi mencatatkan kehadiran sekitar 500 orang penduduk yang hadir untuk memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri yang penuh harmoni dan kebersamaan. Turut hadir ialah Encik Afrodi bin Ali, mewakili Ahli Majlis Zon 1, yang menjadi tetamu kehormat di semua lokasi.
Majlis yang dianjurkan dalam suasana santai ini menjadi platform penting dalam menyemarakkan semangat kejiranan serta memperkukuh hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk. Pelbagai juadah Hari Raya disediakan, selain aktiviti yang menggalakkan penyertaan semua golongan usia.
Kejayaan penganjuran siri ketiga ini menutup tirai program sambutan Aidilfitri anjuran MPP Zon 1 dengan penuh gemilang dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.
















