Tarikh: 21 September 2025 (Ahad)
Tempat: Masjid Prima Saujana, Kajang
Anjuran: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 12 dengan kerjasama Masjid Prima Saujana
Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 dengan kerjasama Masjid Prima Saujana akan menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul 1447H pada 21 September 2025. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat.
Antara pengisian utama program ini ialah perarakan Maulidur Rasul yang melibatkan komuniti setempat dari pelbagai lapisan masyarakat, serta Ceramah Perdana oleh penceramah jemputan yang akan mengupas tema sambutan tahun ini: “Rasulullah SAW Teladan Sepanjang Zaman.”
Program ini turut diserikan dengan bacaan selawat, persembahan nasyid, dan penyampaian hadiah kepada peserta perarakan terbaik. Kehadiran seluruh ahli kariah dan komuniti setempat amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis penuh barakah ini.
Objektif Program:
- Menanamkan rasa cinta dan penghargaan terhadap perjuangan Rasulullah SAW
- Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan komuniti
- Meningkatkan kefahaman masyarakat tentang sunnah dan ajaran Islam







