PRORAM GOTONG ROYONG & KHIDMAT KOMUNITI (CSR) – KECERIAAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SUNGAI KANTAN BARU/ LAMA SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK
Tarikh : 22 Febuari 2025
Tempat : Tanah Perkuran Islam Sungai Kantan
Masa : 8.00 pagi
Program Tanggungjawab Khidmat Masyarakat (CSR) ini diadakan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang. Program Gotong Royong & Khidmat Komuniti ini dilaksanakan bertujuan mengeratkan kan lagi sillaturahim sesama kita didalam komuniti Sungai Kantan. Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama beberapa buah NGO dan agensi kerajaan. Diantara NGO dan Agensi Kerajaan yang terlibat adalah :
- Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Kantan- YM Raja Amir bin Raja Aman Shah,
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Kebajikan Kampung(JPKK)- En Mohamad Razif bn Ayob,
- Pengurusan Masjid Jamek Pekan kajang – Ydh Tn Suhairi bin Jairi,
- Pengerusi Pekemas- Tuan Syed Hamdan bin Syed Abdul Rahman
- Pegawai JPNIN Daerah – En Ahmad Dzulkarnain bin Mohamad Tarmizi
- Pengerusi Penasihat GIATMARA Hulu Langat – En Mohamad Syahir bin Mohd Yusof
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Kebajikan Kampung Persekutuan ( Komuniti Desa Madani)- En Mohd Safry bin Ahmad
- Jawatankuasa Tanah perkuburan Islam Sungai Kantan Baru/Lama
Lebih kurang 100 orang yang hadir ini bukan sahaja dari komuniti setempat, Giatmara juga menghantar pelajar-pelajarnya bagi membantu dalam Projek Kemasyarakatan dan Kebajikan pelajar-pelajar yang diketuai oleh Pengurus Giatmara Parlimen Hulu Langat En Zamery bin Mat Dom. Program Gotong Royong & Khidmat Kominiti ini bermula jam 8.00 pagi dengan ketibaan para peserta di lokasi dan seterusnya mengambil tempat masing-masing untuk memulakan aktiviti pembersihan dan mengecat pagar Tanah Pekuburan tersebut. Aktiviti ini tamat pada jam 12.30 tengahari dan semua peserta telah bersurai setelah semua kerja-kerja pembersihan selesai serta agihan nasi bungkus dibuat pada akhir program.









