Pada 28 September 2025, jam 8.00 pagi berlangsung satu program iaitu Sambutan Hari Malaysia Mpp Zon 18 MPKj dengan kerjasama Ahli Majlis Mpp Zon 18 bersama komuniti setempat.
Program ini bertempat di Dataran Townhouse Taman Kajang Utama. Di mula kan dengan acara Nyanyian Lagu Negaraku. Selepas itu, di alukan dengan ucapan perasmian dari Ahli Majlis Mpp Zon 18 Mpkj iaitu Encik Mohd Ramadhan Bin Mohd Lotphi.
Tujuan program memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan komuniti. Merapatkan hubungan antara komuniti pelbagai kaum melalui aktiviti bersama. Pelbagai acara yang disediakan sempena Sambutan Hari Malaysia. Antaranya terdiri daripada pakaian tradisional dari pelbagai bangsa, Basikal berhias, Payung berhias, Tarian kebudayaan serta jualan amal dan gerai komuniti juga tersedia.
Dianggarkan seramai 60 orang yang hadir termasuk penduduk setempat,sukarelawan dan agensi jemputan. Program berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak. Sambutan Hari Malaysia ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat patriotik, malah berjaya mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk Zon 18.
Pejabat Ahli Majlis menggunakan peruntukan sebanyak RM1000 untuk program ini.
