Sesi Perjumpaan Bersama Penjaja anjuran MPP Zon 24 telah berjaya dilaksanakan pada 16 Mei 2024. Sesi ini berlangsung di Nasi Kandar Stadium, Bandar Seri Putra, bermula dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis MPKj, Puan Rawiyiah binti Zakaria. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyelesaikan isu penempatan semula penjaja di dalam kawasan Zon 24 serta membincangkan pelbagai isu berbangkit yang melibatkan komuniti penjaja.

