Program Sukan Mesra Majlis Perwakilan Penduduk (SUKMESS) MPKj Siri 1 2024 MPP Zon 24 telah di laksanakan pada 27hb Julai 2024 bertempat di Padang Awam Semenyih. Program bermula pada jam 08.00am dan tamat pada jam 1.30 ptg dan di hadiri oleh Ahli Majlis Zon 24 Pn. Rawiyah Zakaria dan pasukan dari Zon 24. Program ini disertai oleh Zon 13 sehingga zon 24. Juara keseluruhan bagi Sukan SUKMES 2024 ini adalah daripada Zon 24 yang diketuai oleh Puan Rawiyiah Zakaria. Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Zon 24.



