Program 90 Minutes Special Class MPP Zon 24 telah di laksanakan pada 05/07/2025 bertempat di Dewan Komuniti MPKj Bandar Bukit Mahkota. Program bermula pada jam 9.00am dan tamat pada jam 12.00pm, di hadiri oleh Ahli Majlis MPKj Zon 24 Puan Rawiyiah Zakaria serta Ajk MPP Zon 24. Program ini dijayakan dengan kerjasama dari Persatuan Penduduk Seksyen 2&3 Bandar Bukit Mahkota. Penyertaan lebih kurang 60 peserta dari penduduk di Zon 24. Tujuan program ini diadakan bagi menggalakan penduduk disekitar Zon 24 khasnya suri rumah untuk bersenam dan menjalinkan ukhuwah.



