Program Hari Keluarga dan Sukan Komuniti The Strata MPP Zon 24 telah dilaksanakan pada 1 November 2025 di The Strata, Bandar Puteri.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Wakil MPP Zon 24, Encik Roslan.
Program ini merupakan inisiatif Persatuan Penduduk The Strata yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dan anak-anak dalam aktiviti sihat serta memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti setempat. Seramai 50 keluarga turut hadir bagi memeriahkan program tersebut




