Program Jom Sihat-Zumba anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 24 telah berjaya dilaksanakan secara berkala pada 12, 19, dan 26 Mei 2024. Aktiviti mingguan ini telah diadakan di Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program ini turut dihadiri oleh Puan NorAzila Napiah, wakil daripada Jawatankuasa (AJK) MPP Zon 24. Program berkala ini bertujuan menggalakkan gaya hidup cergas dan sihat dalam kalangan wanita di Zon 24.


