MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI

Program Hari Kesihatan Komuniti

BANDAR SUNGAI LONG, 11 JANUARI 2026 – Program Hari Kesihatan Komuniti telah berjaya dianjurkan bertempat di Padang Awam Jalan SL11 pada jam 8.00 pagi dengan penglibatan aktif para penduduk setempat. Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.

Seawal pagi, para penduduk daripada Persatuan Penduduk SL10 dan SL11 telah tiba dan berkumpul di kawasan padang awam. Suasana meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dengan penuh semangat untuk menjaga kesihatan. Program dimulakan dengan sesi senamrobik yang dipimpin oleh jurulatih, di mana para peserta melakukan pergerakan senaman secara serentak dan bertenaga.

Selepas sesi senamrobik, para penduduk dijamu dengan sarapan pagi yang telah disediakan. Waktu tersebut turut dimanfaatkan untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan sesama jiran. Seterusnya, satu sesi penerangan dan latihan praktikal mengenai penggunaan alatan senaman dengan betul telah diadakan. Para peserta diberi tunjuk ajar tentang teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan serta memaksimumkan manfaat senaman.

Program Hari Kesihatan Komuniti ini telah berakhir dengan jayanya setelah semua aktiviti dilaksanakan. Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan, malah berjaya mengukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk setempat.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

Zon 11 – Contoh Tajuk Berita

Zon 11 – Contoh Tajuk Berita

Aktiviti Dari Semua Zon

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’