Program Pertandingan Badminton Berpasukan MPP Zon 24 – 25hb Jun 2025

Program Pertandingan Badminton Berpasukan MPP Zon 24 telah di laksanakan pada 25hb Jun 2025 bertempat di Dewan Komuniti MPKj Bandar Bukit Mahkota. Program bermula pada jam 8.00pm hingga 11.00pm dan di hadiri oleh wakil MPP Zon 24 iaitu En. Engku Faizal serta Ajk MPP Zon 24. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk […]
Kejohanan bola sepak liga LGPK

Kejohanan Bola Sepak Liga LGPK telah berjaya dianjurkan pada 22 Jun 2025 bertempat di Padang Awam Batu 14, Hulu Langat. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan melibatkan perlawanan bola sepak menggunakan format liga serta gol bersaiz kecil. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, dengan anggaran keseluruhan penyertaan seramai 80 orang peserta […]
Program Gotong Royong Perdana Persatuan Penduduk Pangsapuri Putra MPP Zon 24 – 15/06/2025

Program Gotong Royong Perdana Persatuan Penduduk Pangsapuri Putra MPP Zon 24 telah di laksanakan pada 15/06/2025 bertempat di Pangsapuri Putra Blok A & B, Bandar Seri Putra. Program bermula pada jam 8.00am hingga 1.00pm dan di hadiri oleh Pn. Rawiyiah bt Zakaria beserta 50 orang sukarelawan. Program ini bertujuan untuk menjaga kebersihan setempat merapatkan silaturrahim […]
Gotong-royong keceriaan balai raya

Program Gotong-Royong Keceriaan Balai Raya telah diadakan pada 14 Jun 2025 bertempat di Taman Perkasa Fasa 1. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan melibatkan aktiviti membersihkan kawasan dalam balai raya serta pelupusan barangan rosak yang tidak lagi digunakan. Program ini bertujuan untuk menceriakan semula balai raya agar dapat digunakan dalam keadaan yang lebih […]
SEMBANG SANTAI BERSAMA KOMUNITI TAMAN DESA ROS KAJANG – 13 JUN 2025

TARIKH : 13 JUN 2025 TEMPAT : WARONG TEPI KEBUN , TAMAN DESA ROS KAJANG PROGRAM : SEMBANG SANTAI BERSAMA KOMUNITI TAMAN DESA ROS, KAJANG Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Ros En Nizam Aziz mengadakan Sembang Santai Komuniti Taman Desa Ros, Kajang. Program dihadiri lebih kurang 30 orang penduduk. Program dimulakan dengan […]
Program Perbincangan isu dan Cadangan Berkaitan Guna Sama Kemudahan Awam di taman Perumahan MPP Zon 24 – 12hb Jun 2025

Program Perbincangan isu dan Cadangan Berkaitan Guna Sama Kemudahan Awam di taman Perumahan MPP Zon 24 telah di laksanakan pada 12hb Jun 2025 bertempat di Pejabat Ahli Majlis MPKj Zon 24. Program bermula pada jam 10.00am hingga 12.00pm dan di hadiri oleh Ahli Majlis Mpkj Pn. Rawiyiah bt Zakaria. Perbincanganan ini juga dihadiri oleh wakil […]
SANTAI SARAPAN PAGI RAHMAH SUNGAI KANTAN – 12 JUN 2025

TARIKH : 12 JUN 2025 TEMPAT : DEWAN KOMUNITI SUNGAI KANTAN PROGRAM : SANTAI SARAPAN PAGI RAHMAH SUNGAI KANTAN Program ini adalah inisiatif daripada Pengerusi JPKK Kampong Sungai Kantan. Sembang Santai Sarapan bersama penduduk setempat. Membincangkan hal-hal semasa dan masalah-masalah yang sering mengganggu penduduk Sungai Kantan. Majlis dihadiri oleh YB Tuan Cheong […]
KENDURI SILATURRAHIM (KORBAN KASIH, KENDURI BARAKAH) – 10 JUN 2025

TARIKH : 10 JUN 2025 TEMPAT : SURAU AL ISLAHIAH, SUNGAI KANTAN PROGRAM : KENDURI SILATURRAHIM (KORBAN KASIH, KENDURI BARAKAH) Sempenan bulan yang barakah ini Jawatankuasa Surau Al Islahiah Sungai Kantan menganjurkan Program Kenduri Silaturrahim (Korban Kasih, Kenduri Barakah). Pengisian program dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah. Disusuli dengan ceramah Agama oleh […]
Program KORBAN PERDANA MPP ZON 12 – 8 Jun 2025

Berikut adalah ringkasan tentang Program Korban di Persatuan Penduduk Jenaris, yang dijalankan pada 8 Jun 2025 dan dianjurkan oleh MPP Zon 12 (Kajang): Tujuan & Objektif Utama Ibadah Sunah Mengikut Syariah Melaksanakan amalan korban sebagai ibadah sunah muakkad syarikat kepada Nabi Ibrahim AS. Memupuk Rasa Keikhlasan & Ketakwaan Memupuk keikhlasan dalam melaksanakan ibadah pengorbanan dan […]
Program gotong-royong ibadah korban – 7 Jun 2025

Program Gotong-Royong Ibadah Korban telah berjaya dilaksanakan pada 7 Jun 2025 bertempat di Taman Seri Mas dan Taman Perkasa Indah. Program bermula seawal jam 10.00 pagi dengan kehadiran penduduk setempat yang turut serta dalam aktiviti penyembelihan lembu serta proses melapah dan pengagihan daging korban. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk, malah […]