MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Majlis khatam Al-Quran – 12 Disember 2025

khatam

Majlis Khatam Al-Quran telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Disember 2025 bertempat di rumah Lot B822B, Gahal Jaya, Batu 13, Hulu Langat. Program bermula pada jam 3.30 petang dan dihadiri oleh para jemputan serta penduduk setempat. Anggaran penyertaan bagi program ini adalah seramai 30 orang. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai diikuti dengan doa […]

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

denggi

Program Gotong-Royong Cegah Denggi telah berjaya dilaksanakan pada 7 Disember 2025 bertempat di Pangsapuri Seri Mesra, Taman Wawasan. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh para penduduk setempat serta sukarelawan yang turut sama berganding bahu menjayakan aktiviti ini. Anggaran penyertaan adalah seramai 60 orang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, antaranya pembersihan […]

Mesyuarat Agong JMB

agong

Mesyuarat Agung Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok D dan E telah berlangsung dengan teratur di perkarangan Blok D, Taman Pinggiran Delima pada pagi Ahad, dengan kehadiran kira-kira 50 orang penduduk. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh En. Afrodi bin Ali, yang mewakili Ahli Majlis, Dato’Haji Rosli bin Othman Sepanjang […]

Contoh Aktiviti 1 Zon 1

Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran […]

Majlis doa selamat menjelang peperiksaan

doa selamat

Majlis doa selamat menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diadakan di Taman Wawasan A, Hulu Langat malam tadi dengan penyertaan kira-kira 70 orang terdiri daripada calon peperiksaan, ibu bapa dan penduduk setempat. Program bermula pada jam 8.00 malam dengan solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan solat hajat bagi memohon kemudahan […]

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1 berjaya menghangatkan gelanggang Dewan Taman Sri Nanding di sini, pagi tadi, dengan penyertaan kira-kira 42 orang pemain (21 team). Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 itu bermula tepat pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang, berjaya memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan […]

Artikel testing

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari  1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak  1hb. Januari  1986 di bawah Akta  171,  Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih , Mukim Beranang & Mukim Hulu Langat. […]

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

dance

Program “Dance Line Fitness” telah berlangsung pada 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025 bertempat di Dewan Taman Sri Nanding. Bermula jam 7.30 pagi dan dihadiri oleh . Penyertaan adalah sebanyak 25 orang. Program selama tiga bulan dari Oktober hingga Disember 2025 itu diadakan bagi menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan beliawanis dan […]

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Sukaneka

28 September, Ahad yang lalu telah berlangsung program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka di Dewan Qaseh Qasrina, Hulu Langat bermula pada pukul 7.30 pagi. Ianya diadakan bersempena dengan sambutan hari kebangsaan negara ini. Program ini merupakan anjuran IKRAM Hulu Langat, Wanita IKRAM Hulu Langat, IKRAM Muda Hulu Langat serta IKRAM Junior Hulu Langat, dengan kerjasama Ahli […]

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

aedes

Gotong-royong hapus Aedes telah berlangsung pada 7 September 2025 bertempat di Taman Sri Nanding. Sepanjang program, hampir semua lorong di Taman Sri Nanding telah menggerakkan aktiviti gotong royong. Antara kerja-kerja utama yang dilakukan ialah: -Pembersihan kawasan bersemak. -Menghapuskan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk (bekas air, tayar, alas pasu, botol dan tin). -Pembersihan kawasan longkang depan […]