Gotong-royong bersama askar Wataniah

Program Gotong-Royong Bersama Askar Wataniah telah diadakan pada 28 Jun 2025 bertempat di Kompleks Penghulu Batu 14, Hulu Langat. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan melibatkan aktiviti pembersihan kawasan sekitar Dewan Batu 14 serta pameran aset ketenteraan oleh anggota Wataniah. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan anggaran penyertaan seramai 100 orang yang terdiri […]
Kejohanan bola sepak liga LGPK

Kejohanan Bola Sepak Liga LGPK telah berjaya dianjurkan pada 22 Jun 2025 bertempat di Padang Awam Batu 14, Hulu Langat. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan melibatkan perlawanan bola sepak menggunakan format liga serta gol bersaiz kecil. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, dengan anggaran keseluruhan penyertaan seramai 80 orang peserta […]
Gotong-royong keceriaan balai raya

Program Gotong-Royong Keceriaan Balai Raya telah diadakan pada 14 Jun 2025 bertempat di Taman Perkasa Fasa 1. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan melibatkan aktiviti membersihkan kawasan dalam balai raya serta pelupusan barangan rosak yang tidak lagi digunakan. Program ini bertujuan untuk menceriakan semula balai raya agar dapat digunakan dalam keadaan yang lebih […]
Program gotong-royong ibadah korban – 7 Jun 2025

Program Gotong-Royong Ibadah Korban telah berjaya dilaksanakan pada 7 Jun 2025 bertempat di Taman Seri Mas dan Taman Perkasa Indah. Program bermula seawal jam 10.00 pagi dengan kehadiran penduduk setempat yang turut serta dalam aktiviti penyembelihan lembu serta proses melapah dan pengagihan daging korban. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk, malah […]
Gotong-royong keceriaan-31 Mei 2025

HULU LANGAT, 31 Mei – Program Gotong-Royong Keceriaan telah berjaya diadakan pada 31 Mei 2025 bertempat di Taman Rekreasi Batu 18. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan mendapat penyertaan seramai 60 orang yang terdiri daripada penduduk setempat serta sukarelawan. Majlis turut dihadiri oleh Encik Firdaus Ayob selaku Ketua Kampung Batu 18 yang bersama-sama turun […]
Artikel Testing 2

MPKj dan Bandar Kajang memiliki beberapa keunikan serta faktor pembeza. Sate Kajang adalah jenama komersial di seluruh negara dan juga luar negara. Dari segi geografinya, Kawasan MPKj disempadani Kuala Lumpur yang merupakan pusat perdagangan Malaysia dan Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran negara. Selain itu, MPKj dikelilingi oleh 3 Negeri di semenanjung iaitu Pahang Darul Makmur, […]
Prgram ceramah perdana Dato Haji Badli Shah
![[foogallery id="7850"]](https://mppzon.application-solution.com/wp-content/uploads/2025/11/452250845_831919119074244_4246420268596163251_n.jpg)
HULU LANGAT, 25 Mei – Ceramah Perdana yang menampilkan penceramah terkenal, Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin, telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Mei 2025 bertempat di Surau Al-Munir, Taman Sri Nanding. Program bermula pada jam 8.00 malam dan menarik kehadiran lebih 1,000 orang penduduk setempat. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Y.B. […]
Majlis sambutan hari guru

HULU LANGAT, 23 Mei – Majlis Sambutan Hari Guru peringkat komuniti telah berlangsung dengan penuh meriah pada 23 Mei 2025 bertempat di Dewan Batu 16, Dusun Tua. Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi masa depan. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Encik Hishamuddin […]
Program ramah mesra – 18 Mei 2025 (Taman Perkasa Indah)

HULU LANGAT, 18 Mei – Program Ramah Mesra yang turut diserikan dengan Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Raya telah berjaya dianjurkan pada 18 Mei 2025 bertempat di Taman Perkasa Indah. Program bermula pada jam 10.00 pagi dan berlangsung dengan meriah sehingga jam 2.00 petang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.B Mohd Sany bin Hamzan, Ahli […]
Program skuad bencana

HULU LANGAT, 18 Mei – Program Skuad Bencana anjuran bersama komuniti setempat telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Mei 2025 bertempat di Madrasah Ahmadiah Diniah, Sungai Semungkis. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan turut dihadiri oleh Encik Suhaidy, Pengerusi Skuad Bencana Hulu Langat. Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini yang bertujuan untuk […]