Program ramah mesra – 17 Mei 2025 ( Taman Tropika Langat )

HULU LANGAT, 17 Mei – Program Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berjaya dianjurkan pada 17 Mei 2025 di dua lokasi berbeza, iaitu di Kampung Dusun Nanding dan Taman Tropika Langat. Majlis di Kampung Dusun Nanding bermula pada jam 11.00 pagi dan telah dihadiri oleh Encik Rozelan selaku Ketua Kampung, manakala di Taman […]
Program masakan wanita – 12 Mei 2025

HULU LANGAT, 12 Mei – Program Masakan Wanita anjuran Wanita Taman Indah Jaya telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Penghulu Batu 14, Hulu Langat. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi itu turut dihadiri oleh Puan Sharifah Radziah selaku Pengerusi Wanita Taman Indah Jaya. Program yang bertemakan pertandingan masakan ini berjaya menghimpunkan seramai 20 peserta […]
Gotong-royong keceriaan-3 Mei 2025

Program Gotong-Royong Keceriaan telah berjaya dianjurkan pada 3 Mei 2025, bertempat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Nanding. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 50 orang ibu bapa dan guru yang turut sama berganding bahu menceriakan persekitaran sekolah. Aktiviti gotong-royong ini bertujuan mewujudkan suasana yang lebih bersih, […]
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri siri 4 – 1 & 3 Mei 2025

HULU LANGAT, 3 Mei – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Siri 4 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 dengan kerjasama persatuan penduduk setempat terus menyemarakkan suasana lebaran apabila berlangsung di tiga lokasi berbeza dalam tempoh dua hari. Majlis dimulakan pada 1 Mei 2025 bertempat di Taman Desa Raya dari jam 9.00 malam […]
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri siri 3 – 25 & 26 April 2025

HULU LANGAT, 26 April – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Siri 3 anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 dengan kerjasama persatuan penduduk setempat terus menceriakan komuniti apabila diadakan di tiga lokasi berasingan pada dua malam berturut-turut. Sambutan bermula pada 25 April 2025 di Taman Lestari Indah, berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam, […]
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri siri 2 – 20 April 2025

HULU LANGAT, 20 April – Tradisi meraikan Syawal diteruskan lagi dengan penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Siri 2 yang berlangsung meriah di dua lokasi berbeza iaitu di Taman Casa Lagenda dan Surau Taman Koperasi Uda, hari ini. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi di Surau Taman Koperasi Uda dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang, […]
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri siri 1 – 19 April 2025

HULU LANGAT, 19 April – Suasana penuh kemeriahan menyelubungi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Siri 1 yang telah berlangsung pada petang ini bertempat di Dewan Taman Sri Nanding. Program bermula seawal jam 2.00 petang dan menyaksikan kehadiran kira-kira 500 orang penduduk yang hadir bagi meraikan lebaran dalam suasana muhibah dan kekeluargaan. Majlis ini merupakan anjuran […]
Majlis Tadarus Al-Quran wanita

Pada 22 Mac 2025, satu Majlis Tadarus Al-Quran Wanita telah berjaya diadakan di Masjid Al-Amin, Sungai Tekali. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah menghimpunkan para muslimat dari pelbagai kawasan sekitar bagi bersama-sama menyemarakkan aktiviti keilmuan dan ibadah sepanjang bulan Ramadan. Anggaran penyertaan adalah seramai 100 orang, yang terdiri daripada golongan wanita pelbagai […]
Majlis berbuka puasa dan moreh MPP Zon 1

Majlis Berbuka Puasa dan Moreh anjuran MPP Zon 1 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Mac 2025, bermula pada jam 7.00 malam. Majlis ini telah diadakan secara serentak di lima lokasi berbeza melibatkan kawasan sekitar Hulu Langat, dengan anggaran kehadiran seramai 250 orang. Antara lokasi pelaksanaan majlis adalah seperti berikut: Jamuan moreh di Surau Al […]
Majlis iftar Ramadhan dan Khatam Al-Quran

Pada 22 Mac 2025, satu Majlis Iftar Ramadan dan Khatam Al-Quran telah berjaya diadakan bertempat di Taman Seri Mas, Hulu Langat. Majlis bermula pada jam 6.00 petang dan telah dihadiri oleh penduduk setempat, ahli jawatankuasa surau serta para jemaah yang terlibat dalam tadarus sepanjang bulan Ramadan Anggaran kehadiran adalah seramai 80 orang, yang terdiri daripada […]