MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program Bengkel QUICKSTART MEDSOS – 26 Oktober 2025

medsos
  1. PENGENALAN

Bengkel Quickstart Medsos telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta tentang cara menggunakan media sosial secara berkesan untuk tujuan komunikasi, promosi dan pembangunan peribadi atau organisasi. Program ini diadakan sebagai usaha untuk meningkatkan celik digital dalam kalangan masyarakat serta memperkukuh kemahiran pengurusan kandungan media sosial.

  1. OBJEKTIF PROGRAM
  • Memberi kefahaman asas mengenai strategi penggunaan media sosial dengan berkesan.
  • Melatih peserta dalam penyediaan kandungan yang menarik dan berimpak.
  • Meningkatkan kesedaran tentang etika dan keselamatan dalam penggunaan platform digital.
  • Menggalakkan penggunaan media sosial sebagai alat pembangunan komuniti dan perniagaan.
  1. PENYERTAAN

Bengkel ini telah disertai oleh seramai 50 hingga 70 peserta, terdiri daripada wakil persatuan penduduk, belia, usahawan kecil, dan individu dari kawasan sekitar Bangi dan sekitarnya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menunjukkan minat tinggi masyarakat terhadap kemahiran digital.

  1. TENTATIF PROGRAM

Masa

Aktiviti

8.00 pagi

Pendaftaran peserta

8.30 pagi

Ucapan aluan & taklimat bengkel

9.00 pagi

Sesi 1: Pengenalan Quickstart Medsos

10.30 pagi

Rehat & minum pagi

11.00 pagi

Sesi 2: Strategi Kandungan dan Algoritma

12.30 tengah hari

Rehat & makan tengah hari

2.00 petang

Sesi 3: Bengkel praktikal — Penghasilan Kandungan

4.00 petang

Pembentangan hasil & soal jawab

5.00 petang

Penutup & penyampaian sijil penyertaan

 

  1. PENCERAMAH / FASILITATOR

Bengkel ini dikendalikan oleh MOS Studio Services & Team dan Speaker Jemputan Puan Nooraimi Hani (Pengarah BIKOM AWAN Selangor & Pengerusi Pertubuhan Wanita Peduli – i-Wanita) , seorang pakar dalam bidang pemasaran digital dan strategi media sosial. Beliau telah berkongsi pelbagai teknik dan amalan terbaik yang boleh diaplikasikan oleh peserta dalam urusan seharian atau perniagaan masing-masing.

 

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

denggi

Program Gotong Royong Hapuskan Denggi Persatuan Penduduk Jenaris – 16 November 2025

denggi

Program Gotong Royong Hapuskan Denggi Persatuan Penduduk Jenaris – 16 November 2025

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 5,6,12,13,19,20,26 & 27 November 2025

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 5,6,12,13,19,20,26 & 27 November 2025

netball

Program NETBALL FEVER 2025 HULU LANGAT EDITION – 2 November 2025

netball

Program NETBALL FEVER 2025 HULU LANGAT EDITION – 2 November 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

Contoh Aktiviti 2 Zon 24

Contoh Aktiviti 2 Zon 24

Contoh Aktiviti 1 Zon 24

Contoh Aktiviti 1 Zon 24

Contoh Aktiviti 3 Zon 23

Contoh Aktiviti 3 Zon 23